Jumaat, 20 September 2013

hidup mesti bersyukur

setiap kali kita dengar penceramah agama akan sebut perkataan bersyukurlah..... dalam kehidupan kita wajib bersyukur... setiap nafas yang kita sedut semuanya anugerah Allah untuk kita... apa yang kita miliki sekarang, semua atas ikhsan Allah kepada kita...jangan sombong.. jangan riak.. jangan takbur..sebab apa yang kita miliki sekarang ini boleh Allah tarik balik bila2 masa dengan pelbagai cara...

Bila kita tahu bersyukur.. kita akan rasa sudah banyak rupanya nikmat yang Allah beri pada kita tapi kita tak nampak. Bila kita bersyukur, kita akan rasa lengkap, walaupun hakikatnya dimata manusia lain kita banyak kekurangan...Besarnya nikmat yang Allah beri kepada kita.. Selagi kita hidup, selagi itu la Allah bagi peluang kita bertaubat...

Jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik kehidupannya dari kita, sebaliknya bandingkan la kehidupan kita dengan orang yang lebih susah.. dan dari situ kita akan sentiasa bersyukur...

Sama2 la kita berdoa agar Allah seniasa membimbing kita ke jalan yang benar.. dan sentiasa menyedarkan kita dari terhasut dengan godaan syaitan...

Khamis, 19 September 2013

GEMBIRAKAN HIDUP ANDA

hidup kita mesti selalu happy kalau tidak, tubuh badan kita akan selalu sakit... jangan selalu fikirkan masalah sebab masalah tidak pernah pupus dalam hidup kite selagi kite bernyawa... Bukan maksud kita happy sampai kita lupa apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang Allah larang... maksud happy bagi aku ialah mengunakan seluruh masa yang ada untuk aktiviti yang boleh menghilangkan beban masalah kita.. contohnya berkebun, window shopping, jalan2 kat taman, tepi laut.. dan macam2 lagi kite boleh buat untuk realease tension .. yang penting jangan bebankan otak kita memikirkan masalah dalam jangkamasa yang panjang..

Seboleh2nya cuba tenangkan fikiran bila menghadapi apa jua masalah.. ingat Allah kan ada.. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.. kadang2 kita doa lain tapi Allah kasik lain..  Allah tau apa yang terbaik untuk kita.. jangan sesekali salahkan takdir sebab segala yang berlaku tentu ada sebabnya..

Jangan pernah tinggalkan sembahyang.. sebaliknya banyakkan sembahyang sunat.. ajar diri supaya selalu buat solat sunat tahajjud .. insha Allah hidup kita akan selalu tenang dan setiap masalah kita Allah permudahkan..setiap kali mendengar berita gembira atau mendapat sesuatu yang tidak disangka2 ...amalkan solat sunat syukur 2 rakaat... insha Allah segala yang kita lakukan selepas itu akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah..

Apa yang kita ada dalam dunia ini milik Allah.. jadi kepada Dia lah kita harus bersyukur... kita hanya manusia biasa walaupun apa darjat dan pangkat kita didunia ini... pengakhiran kita adalah sama... didalam tanah seterusnya dihisap sama rata diakhirat kelak...

Semoga Allah jadikan kita semua seorang yang berpikiran positif, tidak putis asa, sentiasa bersyukur atas segala pemberian-Nya, insan yang soleh dan solehah, dan mendapat pengakhiran yang terbaik disisi Allah... amin..

Semua orang ada masalah kan.....

Setiap orang akan ada masalah selagi nyawa dikandung badan.... itu la hakikatnya... Selagi Allah izinkan kite hidup dalam dunia ni.. selagi itu kita diuji dengan berbagai2 jenis dan bentuk dugaan.. Allah tau tahap dan kemampuan hamba-Nya..

Aku hanya insan biasa .. tak pernah lari dari dugaan Allah... Selalu juga aku tersungkur... Aku mengeluh... Aku tanya mengapa nasibku begini... tetapi setiap kali itu la... Allah buka pintu hatiku dengan mengerti maksud tersirat dari setiap dugaan yang diberikan... Syukur ya Allah... Hanya pada-Mu aku memohon petunjuk dan pertolongan...

Selalu sangat aku dengar rintihan manusia yang masih mencari erti setiap dugaan yang Engkau berikan Ya Allah... Ya Allah, aku pohon pada-Mu.. bantulah saudara2ku Ya Allah... Kau berikan la mereka pertunjuk dan hidayah-Mu Ya Allah... tiada apa yang boleh aku bantu selain daripada berdoa dan terus berdoa agar mereka mendapat hidayah dari-Mu...

Aku sedih... setiap kali aku berkongsi nasihat dan pandangan ... setiap kali itu la mereka akan berkata "cakap memang senang, kau tak rase ape yang aku rase, kau dah ada segalanya .. senang la kau cakap"..  memang benar aku tak merasai ape yang sedang mereka rasa tetapi mereka juga tidak merasa apa yang pernah aku lalui.. Hakikatnya aku rasa penderitaan dan dugaan mereka itu sangat ringan berbanding aku... dan dugaan mereka itu datangnya dari kecuaian mereka sendiri...

Ya Allah.. tidakkah mereka sedar bahawa kita didunia ini dijadikan sama sahaja... bezanya cuma cara kita menangani setiap ujian itu... Pernahkah kita terpikir apakah sudah cukup usaha yang kita lakukan untuk meleraikan segala masalah yang kita hadapi... jika tidak mampu meleraikannya... bermohon la kepada Allah, merayu la kepada Allah.. insha Allah... ada jalan yang terbaik untuk kita nanti...