Khamis, 28 November 2013

DaH BanYaK pEluAnG Allah bAGi TaU !

Kenapa kita selalu tidak menyedari bahawa dunia ini hanyalah mimpi dan yang kekal abadi itu adalah alam akhirat... Kenapa kita sering dihanyutkan dengan pelbagai tipu helah dunia... Sibuk mengejar pangkat... sibuk mencari harta benda, sibuk menghabiskan masa berseronok tanpa memikirkan apakah rupanya kehidupan kita diakhirat kelak...

Kerap kali ditimpa musibah... tiap kali dirundung malang.. tiap kali hati disakiti...tetapi  apa yang kita sering lakukan apabila menghadapi masalah.... kita marah... kita nangis... kita benci... kita dendam... semua tu datang dari mana ya... adakah Allah mengajar kita supaya menjadi orang yang sedemikian.... orang yang sentiasa berfikiran negatif...tidak kan.. Semua yang berlaku memang ada hikmahnya.. walaupun dalam hati kita tidak mahu mengiakannya....


Allah bagi kita dugaan... setiap kali itu lah Allah nak lihat .. bagaimana kita menangani dugaan itu... Allah nak tolong kita.. Allah nak kita rayu dan minta pertolongan dari Dia... kebanyakkan kita masih tidak menyedarinya... kita sentiasa menyalahkan takdir.. kita sibuk salahkan orang lain.. kita sibuk salahkan keadaan.... kita jarang muhasabah diri...

Allah jadikan alam ini memang untuk manusia menghadapi ujian... tiada siapa yang terlepas dari ujian Allah... walau sebesar manapun masalah yang kita hadapi... jangan lupa mintalah pertolongan dari Allah supaya segalanya dipermudahkan... mohon diberi kekuatan dalam mengharungi ujian itu... redhalah dengan ketentuan dari Allah.. In Sha Allah.. kita tidakkan kecewa...

p/s: kurangkan perasaan marah.. sbb syaitan suka bila tengok kita marah...