Jumaat, 11 Julai 2014

MaSiHkaH aKu BeRnAFas LaGi ESok???

Ya Allah..adakah esok untuk aku???....

Ya Allah jika esok sudah tiada untuk ku... Aku mohon padaMu Ya Allah...Izinkan aku pergi dalam keadaan khusnul khotimah.. Moga sisa2 hidupku ini dapat ku kumpul bekalan untuk hari akhirat.. In sha Allah.. Amin..

Ya Allah, aku hanya insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan... Walaupun kesilapan itu pernah aku lakukan dan  masih lakukan juga tanpa ku sedari tapi Kau masih memberi peluang untuk aku membetulkan kesalahanku...

Ya Allah, betapa bersyukurnya aku dengan kurniaanMu... Setiap yang berlaku dalam diriku ini adalah kenangan terindah yang tiada tolok bandingnya... Syukur Alhamdullilah...

Ya Allah, berilah aku kekuatan dalam meneruskan kehidupan ini... kau bimbinglah aku ke jalan yang benar... Kau tetapkan la imanku Ya Allah... Aku mohon padaMu... berikanlah nikmat kebahagiaan yang berterusan hingga kehujung nyawa ku...

Ya Allah, andai ditakdirkan aku pergi dulu dari kalangan keluargaku, Kau bimbinglah semua ahli keluargakuke jalan yang Kau redhai, Kau lindungilah mereka dari niat jahat manusia lain, Kau jadikanlah mereka insan yang soleh dah solehah. dan janganlah Kau pesongkan hati mereka setelah Kau beri hidayahMu Ya Allah...

 Amin.. amin.. Ya robbal a'lamin...