Khamis, 19 September 2013

GEMBIRAKAN HIDUP ANDA

hidup kita mesti selalu happy kalau tidak, tubuh badan kita akan selalu sakit... jangan selalu fikirkan masalah sebab masalah tidak pernah pupus dalam hidup kite selagi kite bernyawa... Bukan maksud kita happy sampai kita lupa apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang Allah larang... maksud happy bagi aku ialah mengunakan seluruh masa yang ada untuk aktiviti yang boleh menghilangkan beban masalah kita.. contohnya berkebun, window shopping, jalan2 kat taman, tepi laut.. dan macam2 lagi kite boleh buat untuk realease tension .. yang penting jangan bebankan otak kita memikirkan masalah dalam jangkamasa yang panjang..

Seboleh2nya cuba tenangkan fikiran bila menghadapi apa jua masalah.. ingat Allah kan ada.. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.. kadang2 kita doa lain tapi Allah kasik lain..  Allah tau apa yang terbaik untuk kita.. jangan sesekali salahkan takdir sebab segala yang berlaku tentu ada sebabnya..

Jangan pernah tinggalkan sembahyang.. sebaliknya banyakkan sembahyang sunat.. ajar diri supaya selalu buat solat sunat tahajjud .. insha Allah hidup kita akan selalu tenang dan setiap masalah kita Allah permudahkan..setiap kali mendengar berita gembira atau mendapat sesuatu yang tidak disangka2 ...amalkan solat sunat syukur 2 rakaat... insha Allah segala yang kita lakukan selepas itu akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah..

Apa yang kita ada dalam dunia ini milik Allah.. jadi kepada Dia lah kita harus bersyukur... kita hanya manusia biasa walaupun apa darjat dan pangkat kita didunia ini... pengakhiran kita adalah sama... didalam tanah seterusnya dihisap sama rata diakhirat kelak...

Semoga Allah jadikan kita semua seorang yang berpikiran positif, tidak putis asa, sentiasa bersyukur atas segala pemberian-Nya, insan yang soleh dan solehah, dan mendapat pengakhiran yang terbaik disisi Allah... amin..

Tiada ulasan: